Sunday 22 April 2012

PENGENALAN

Sukatan Pelajaran Sejarah STPM telah berubah. Saya pasti ramai pelajar lepasan SPM di luar sana yang bercadang untuk meneruskan pelajaran di Tingkatan 6 atau Pra Universiti, sedang mengintai-intai subjek-subjek yang ditawarkan dalam sukatan pelajaran baharu ini. Untuk pengetahuan semua calon STPM baharu, sukatan pelajaran yang lama tidak lagi sesuai dijadikan rujukan untuk sistem baharu ini. Anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentangnya dalam laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Laman web ini dibangunkan sebagai satu usaha untuk mengumpulkan nota-nota yang berkaitan dengan sukatan pelajaran Sejarah STPM yang pastinya sangat berbeza daripada sukatan lama. Sebagai langkah permulaan, saya akan cuba mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan Sejarah Dunia (1500-1955) yang meliputi sejarah awal dan moden beberapa buah negara seperti England, Belanda, Perancis, Jepun, Portugal, Jepun dan China.
Insyallah, jika ada kelapangan, saya akan mengemaskinikan kontain blog ini dari masa ke masa.

Sekian. Jumpa lagi.